Okeh untuk entri nih aku nak ceritakan sedikit sebanyak pasal temuduga yang baru je aku lalui semalam. Temuduga tu agak best la. Entah kenapa setiap kali aku kena temuduga, aku akan ditemuduga dalam suasana yang kasual. Rilek gila. Masa mock interview aku dulu pun camtu gak. Temuduga tu jadi macam borakborak je. Masih dalam suasana temuduga tapi panel tu tak buat muka ketat, buat muka macam nak balik cepat. Diorang rilek je, Senyum.
Dan kalau kita macam ada bagitau sesuatu yang baru dia akan mudah tertarik dan bagi respon.
Dan setakat nih dua temuduga yang aku pernah lalui nih agak unik berbanding temuduga tipikal yang biasa orang cerita kat dalam blogblog.
Mock Interview
Bagi yang kurang jelas apa itu Mock Interview kat sini aku terangkan sikit la. Mock Interview nih antara latihan untuk ditemuduga yang MRSM anjurkan. Aktiviti nih kitorang buat masa minggu aktiviti untuk last semester bagi tingkatan 5 biasanya. Suasana temuduga dia hampir sama dengan temuduga sebenar. Dan temuduga boleh jadi temuduga biasa atau temuduga luar biasa. Bergantung kepada panel tu.
Untuk temuduga nih, panel dia ada 3 orang. 2 tu cikgu kat maktab aku dan sorang lagi tu panel luar. Aku tak ingat nama dia, tapi dari rupa dia, dia nih agak muda la. Mungkin sebab tu dia agak mesra. Soalan yang diajukan selalunya berdasarkan rancangan tv. Contohnya kalau korang apply medic, dia akan tanya
"pernah tengok tak cerita House?"
Nak tau House tu cerita pasal apa? Tekan la sini.
Lebih kurang camtu la. Aku boleh agak dia suka tengok drama series. Dan banyak genre pulak tu. Kalau macam aku, aku apply sains aktuari. Dan dia tanyalah aku, "Pernah tak tengok cerita Numb3rs".Nak tau Numb3rs tu cerita pasal apa? Tekan la sini.
Aku tak pernah tengok cerita tu, tapi aku tau la jugak cerita tu pasal apa berdasarkan iklan dia. Pasal forensik yang menggunakan Maths. Dan dia kata itu lah antara bidang yang orang apply sains aktuari boleh masuk lepas grad nanti.Walaupun aku rasa dia dah tersalah fakta. Sebab forensik Math dan sains aktuari amat berbeza. Tunjang dia sama iaitu Math tapi pengkhususan dia arah yang berlainan. Tu lebih kepada forensik. Sedangkan aktuari lebih kepada finance camtu.
Tapi takpe lah. Sebab seeloknya masa temuduga ko jangan bangkang point panel tu. Kena pandai putarbelit. Aku katalah yang aku tak 'ter'baca lagi pasal tu. Ya, rendah diri amat penting dalam temuduga.
Temuduga Sebenar MARA
Hmm. Yang nih terlampau unik. Kalau bagi korang yang pernah buat research dan google panduan temuduga MARA(biasanya ada kat dalam blog), hampir semua tips tips tu takleh nak pakai. Sebab untuk tahun nih temuduga MARA buat dalam cara yang sememangnya berbeza dari tahuntahun sebelumnya. Kalau dulu, queue nombor. Masuk sorang2. Kena tanya soalan ini itu. Panel mungkin tanya pasal MARA, tanya pasal akademik, tanya pasal diri sendiri dan sebagainya. Tapi untuk kali nih kitorang kena masuk bilik temuduga beramai-ramai. Dalam kumpulan 9 orang camtu. Dan kitorang ditugaskan untuk bina jambatan menggunakan bahan-bahan nih.
- 1 kilo spaghetti yang raw
- Sebuku benang
- Kreativiti dan kerjasama anda :P
Ini lah spaghetti!
Ya. Kitorang kena buat jambatan guna spaghetti. Tapi yang belum direbus lah. Yang keras lagi tu. Kitorang diberi tempoh masa selama 30 minit untuk siapkan(walaupun aku rasa dia sebenarnya dah kasi lebih masa). Sepanjang tempoh tu kitorang kena lah berkomunikasi dengan menggunakan bahasa omputih. Pentingnya untuk pastikan diri korang menonjol dan tak terlalu menonjol sehinggakan yang lain tak dapat peluang nak bercakap. Jangan conquer lah senang nak cerita. Dan jangan jugak ego! Bahaya. Ego akan menghancurkan teamwork.Tapi nasib baik group aku ok. Dan aku amat berterima kasih kat sorang team member aku yang baru masuk. Asalnya kitorang ada 7 je ahli kumpulan. Tapi sebab group aku sikit orang dan group yang selepas aku nih terlebih orang. Maka dia import la dua lagi ahli masuk group aku. Dan nampaknya dia memang dah prepare untuk buat nih. Dia rilek je buat. Memang respek ah dia. Tiada ego dalam group nih tapi ada jugak yang tenggelam sebab diorang cakap slow. Lagi-lagi pompuan. Sebab kitorang laki ada ramai jadi diorang mungkin jadi agak segan nak bercakap. Haha.
Kemudian jambatan kami diuji dengan meletakkan satu tin sardin seberat 500g selama seminit(yang ni dia cut short sampai jd 30 saat kalau tak silap aku)..Bunyi dup dap dup dap jelas kedengaran dalam dunia imaginasi aku. Nak aje aku ajak budak2 nih countdown sama2.
Dan kami berjaya. Kalau suasana ketika tu dikartunkan. Nescaya korang boleh tengok cahaya menerangi bilik tu dan dipasangkan lagu bersemangat. Sangat gembira tak terkata.
Kemudian masuklah sesi soal jawab dengan temuduga. Kalau temuduga dulu dia tanya macammacam. Tapi untuk yang nih tak. Dia cuma tanya satu soalan je. Dan dia hanya kasi seminit je masa bercakap.
Kesimpulannya aku agak berpuas hati lah dengan keseluruhan temuduga tu. Walaupun ada sikitsikit part yang mana sumbangan aku tak diiktiraf dan masa sesi soal jawab tu aku tak sempat nak habis jawab. Aku rasa aku boleh dapat biasiswa tu. InsyaAllah. Dan aku nampak banyak lagi kelemahan aku yang aku kena baiki. Bahasa Inggeris aku still lemah. Atas kertas mungkin aku ok tapi dari segi percakapan aku still banyak lagi kelemahan. Mungkin aku kena belajar banyak lagi dengan admin blog ni. Boleh kan farihah?
Okeh. Itu saje. Sekian~ :)
good luck for the results :)
ReplyDeletethanks :)
ReplyDelete