Tuesday, October 30, 2012

Sekadar berkongsi

Assalamualaikum semua,

Harapnya semua sihat sihat belaka.

Ini sekadar perkongsian dari diri ini yang berada nun jauh di tempat lain.

*
*
*
*
*

Terasa begitu asing diri ini bila berada di negara orang. Sarapannya lain. Adatnya lain. Sapaannya lain. Senyumannya lain. Mesranya lain. Pemikirannya lain. Cuacanya lain. Anginnya pun lain. Bahkan hampir semuanya lain. Betapa asingnya bumi Amerika ni nak dibandingkan dengan Malaysia. Jadi saya bertanya sendiri kepada diri, adakah saya terkejut dengan kelainan ini? Takut? Atau gusar?

*  *  *

Betapa berbezanya saya dengan setiap individu saya perhatikan di bumi Urbana ini membuatkan saya kerap berfikir dan termenung. Akhirnya saya sedar yang bahawa, diri saya kini juga sudah lain. Begitu juga dgn beberapa sahabat saya di sini.

Datangnya kami di sini dengan wajah yang manis. Berkumpul kami di lapangan terbang dengan begitu gembira. Gelak ketawa antara kami tidak lekang walaupun seketika. Kami semua kelihatan akrab sekali. Memikirkan masa depan kami yang akan bersama-sama mengharungi kehidupan di tempat baru selama empat tahun. Semuanya seakan indah.

Siapa sangka impian itu mula retak sedikit demi sedikit pada 3 bulan yang pertama?

Satu persatu konflik mula timbul. Si A mempunyai masalah dengan Si B. Si C pula kurang senang dengan Si D. Kini, kebarangkalian untuk kami semua duduk semeja makan malam bersama semakin sedikit. Kemesraan yang dulunya terjalin kini makin pudar.

Adakah disebabkan kelainan yang saya sebutkan di awal kisah ini? Tidak.
Akan tetapi kelainan tersebut merupakan satu pencetus kepada situasi ini.

Berdepan dengan kelainan budaya dan sebagainya tidak menjadi masalah sangat kepada diri ini. Akan tetapi yang menjadi masalah utama ialah apabila berada terlalu jauh dari apa yang kita selalu panggil sebagai rumah. Jauh dari kebiasaan. Jauh dari orang-orang yang kita sayang dan rapat.

Berada di perantauan menyebabkan kita sukar untuk mencari rakan atau sahabat untuk bergantung. Yang datang sekali tu, yang kita dah kenal dan rapat tu belum tentu kita kenal dia sepenuhnya lagi. Banyak lagi yang kita belum tahu tentang seseorang tu. Bila situasi mula mencengkam diri, akhirnya masing masing mula tunjukkan sisi berbeza mereka.

Mungkin sekarang ni sedikit sebanyak saya semakin paham apa yang cuba disampaikan dengan Puisi Kembara Si Tanggang yang kita belajar masa PMR dulu. Lainnya bukan setakat persekitaran di tempat yang kita pergi. Bahkan, orang yang kita bersama-sama kita juga akan terasa lain.

Kesimpulannya, apakah perasaan saya berada di perantauan? Jawapannya saya gembira. Walaupun berlakunya pertelingkahan, bermasam muka di antara rakan saya. Namun saya gembira kerana saya dapat mengenali diri mereka yang sebenar. Bukan bermakna saya gembira dengan apa yang mereka lakukan. Tapi ianya mengubah perspektif saya terhadap kehidupan. Membuatkan saya sedar dengan tanggungjawab saya dan apa yang saya patut lakukan. Menyedarkan pentingnya perpaduan, kesefahaman antara insan. 

Sunday, May 6, 2012

Ogos

Kalau dalam Sejarah, kita belajar yang pada tanggal 31, Tanah Melayu berjaya dapatkan kemerdekaan dari Malayan Union.

Tapi pada post kali ini aku nak coretkan peristiwa yang akan berlaku (insyaAllah) pada aku Ogos ini.

InsyaAllah sebelum Raya lagi aku akan fly ke US dan sambung belajar kat sana. Tarikh yang specific tu tak ada lagi tapi khabarnya sebelum Raya lah. Makanya aku tak dapat beraya lagi kat sini utk tahun ni. 2011 tu memang tahun last aku beraya kat sini lah. Bila aku balik Malaysia nanti pun tak tahu. Paling kejap pun mungkin 4 tahun. Macam-macam boleh berlaku dalam 4 tahun tu. Aku sendiri takut akan ketinggalan/kehilangan macam-macam masa aku pergi sana nanti.

Buat masa sekarang, aku sedang habiskan semester terakhir aku kat INTEC UiTM Shah Alam *berkumandang lagu UiTM "Usaha Takwa Mulia ~". Summer semester ni semester yang paling pendek. 8 minggu je dan kelas pun jadi laju gila sebabkan nak pastikan syllabus habis. Seminggu yang pertama baru je habis. Tinggal lagi 7 minggu lah.

Tapi aku akan habiskan semester ni dalam 22/6 nanti. Maknanya aku adalah 2 bulan cuti camtu. Tak tahu lah masa tu free ke tak walaupun dah cuti. Plannya nak belajar masak, siapkan visa, finalize application itu ini. Tapi kalau nak jumpa buat gathering aku insyaAllah boleh datang. Just inform awal-awal supaya aku boleh buat perancangan terdahulu(peh formal habis).

and kalau nak follow twitter aku ke utk dapatkan berita terkini mengenai aku ke, follow la ahmadfadhil_
tu tweethandle aku. tapi sorry la kalau aku banyak tweet merepek. haha.
OK itu saja

Tak best kalau tamatkan esei begitu saja makanya

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh ajak saya belanja McD. Trimas.
Assalamualaikum :)



Wow!

Salam kwn2..

lame gile xupdate. blog ni bukan setakat bersawang, da jadi mcm gua rasanya.
aik? rmai pulak follower kita ? haha..
em.. fadhil, bru je bace post tu.. so, how? da dpt scholarship tu?
em, sihat?
najwa? awk sihat?
i just finoshed my matrik program.
skrg ni tgah break smentara tunggu upu..
keje kat tadika. em, sronok tp.. exhausting jugakla. kanak2 kan bnyk ragam.

how bout you guys?