Saturday, July 9, 2011

kabare?



hello.
datang singgah sebentar sementara assignments diketepikan seketika ;)




Foundation in Law, UiTM Kuantan.. datang lah melawat! (^_^)V

Tuesday, May 10, 2011

huhh??

okey, sekarang aku pening.


tetibe jek ramai pulak yang memfollow blog kite nihh, ade orang promote blog ni kat jalan TAR ke? -____-




ekekekeke




eh ehh, congrats ah kat semua2 yang dah dapat upu dan nak masuk u :)

Friday, April 29, 2011

Pengalaman - Temuduga MARA

Assalamualaikum semua~ Anda sihat?

Okeh untuk entri nih aku nak ceritakan sedikit sebanyak pasal temuduga yang baru je aku lalui semalam. Temuduga tu agak best la. Entah kenapa setiap kali aku kena temuduga, aku akan ditemuduga dalam suasana yang kasual. Rilek gila. Masa mock interview aku dulu pun camtu gak. Temuduga tu jadi macam borakborak je. Masih dalam suasana temuduga tapi panel tu tak buat muka ketat, buat muka macam nak balik cepat. Diorang rilek je, Senyum.


Dan kalau kita macam ada bagitau sesuatu yang baru dia akan mudah tertarik dan bagi respon.


Dan setakat nih dua temuduga yang aku pernah lalui nih agak unik berbanding temuduga tipikal yang biasa orang cerita kat dalam blogblog.


Mock Interview
Bagi yang kurang jelas apa itu Mock Interview kat sini aku terangkan sikit la. Mock Interview nih antara latihan untuk ditemuduga yang MRSM anjurkan. Aktiviti nih kitorang buat masa minggu aktiviti untuk last semester bagi tingkatan 5 biasanya. Suasana temuduga dia hampir sama dengan temuduga sebenar. Dan temuduga boleh jadi temuduga biasa atau temuduga luar biasa. Bergantung kepada panel tu.


Untuk temuduga nih, panel dia ada 3 orang. 2 tu cikgu kat maktab aku dan sorang lagi tu panel luar. Aku tak ingat nama dia, tapi dari rupa dia, dia nih agak muda la. Mungkin sebab tu dia agak mesra. Soalan yang diajukan selalunya berdasarkan rancangan tv. Contohnya kalau korang apply medic, dia akan tanya


"pernah tengok tak cerita House?"
Nak tau House tu cerita pasal apa? Tekan la sini.
Lebih kurang camtu la. Aku boleh agak dia suka tengok drama series. Dan banyak genre pulak tu. Kalau macam aku, aku apply sains aktuari. Dan dia tanyalah aku, "Pernah tak tengok cerita Numb3rs".


Nak tau Numb3rs tu cerita pasal apa? Tekan la sini.
Aku tak pernah tengok cerita tu, tapi aku tau la jugak cerita tu pasal apa berdasarkan iklan dia. Pasal forensik yang menggunakan Maths. Dan dia kata itu lah antara bidang yang orang apply sains aktuari boleh masuk lepas grad nanti.


Walaupun aku rasa dia dah tersalah fakta. Sebab forensik Math dan sains aktuari amat berbeza. Tunjang dia sama iaitu Math tapi pengkhususan dia arah yang berlainan. Tu lebih kepada forensik. Sedangkan aktuari lebih kepada finance camtu.


Tapi takpe lah. Sebab seeloknya masa temuduga ko jangan bangkang point panel tu. Kena pandai putarbelit. Aku katalah yang aku tak 'ter'baca lagi pasal tu. Ya, rendah diri amat penting dalam temuduga.


Temuduga Sebenar MARA
Hmm. Yang nih terlampau unik. Kalau bagi korang yang pernah buat research dan google panduan temuduga MARA(biasanya ada kat dalam blog), hampir semua tips tips tu takleh nak pakai. Sebab untuk tahun nih temuduga MARA buat dalam cara yang sememangnya berbeza dari tahuntahun sebelumnya. Kalau dulu, queue nombor. Masuk sorang2. Kena tanya soalan ini itu. Panel mungkin tanya pasal MARA, tanya pasal akademik, tanya pasal diri sendiri dan sebagainya. Tapi untuk kali nih kitorang kena masuk bilik temuduga beramai-ramai. Dalam kumpulan 9 orang camtu. Dan kitorang ditugaskan untuk bina jambatan menggunakan bahan-bahan nih.

  1. 1 kilo spaghetti yang raw
  2. Sebuku benang
  3. Kreativiti dan kerjasama anda :P

Ini lah spaghetti!
Ya. Kitorang kena buat jambatan guna spaghetti. Tapi yang belum direbus lah. Yang keras lagi tu. Kitorang diberi tempoh masa selama 30 minit untuk siapkan(walaupun aku rasa dia sebenarnya dah kasi lebih masa). Sepanjang tempoh tu kitorang kena lah berkomunikasi dengan menggunakan bahasa omputih. Pentingnya untuk pastikan diri korang menonjol dan tak terlalu menonjol sehinggakan yang lain tak dapat peluang nak bercakap. Jangan conquer lah senang nak cerita. Dan jangan jugak ego! Bahaya. Ego akan menghancurkan teamwork.


Tapi nasib baik group aku ok. Dan aku amat berterima kasih kat sorang team member aku yang baru masuk. Asalnya kitorang ada 7 je ahli kumpulan. Tapi sebab group aku sikit orang dan group yang selepas aku nih terlebih orang. Maka dia import la dua lagi ahli masuk group aku. Dan nampaknya dia memang dah prepare untuk buat nih. Dia rilek je buat. Memang respek ah dia. Tiada ego dalam group nih tapi ada jugak yang tenggelam sebab diorang cakap slow. Lagi-lagi pompuan. Sebab kitorang laki ada ramai jadi diorang mungkin jadi agak segan nak bercakap. Haha. 


Kemudian jambatan kami diuji dengan meletakkan satu tin sardin seberat 500g selama seminit(yang ni dia cut short sampai jd 30 saat kalau tak silap aku)..Bunyi dup dap dup dap jelas kedengaran dalam dunia imaginasi aku. Nak aje aku ajak budak2 nih countdown sama2.


Dan kami berjaya. Kalau suasana ketika tu dikartunkan. Nescaya korang boleh tengok cahaya menerangi bilik tu dan dipasangkan lagu bersemangat. Sangat gembira tak terkata.


Kemudian masuklah sesi soal jawab dengan temuduga. Kalau temuduga dulu dia tanya macammacam. Tapi untuk yang nih tak. Dia cuma tanya satu soalan je. Dan dia hanya kasi seminit je masa bercakap.


Kesimpulannya aku agak berpuas hati lah dengan keseluruhan temuduga tu. Walaupun ada sikitsikit part yang mana sumbangan aku tak diiktiraf dan masa sesi soal jawab tu aku tak sempat nak habis jawab. Aku rasa aku boleh dapat biasiswa tu. InsyaAllah. Dan aku nampak banyak lagi kelemahan aku yang aku kena baiki. Bahasa Inggeris aku still lemah. Atas kertas mungkin aku ok tapi dari segi percakapan aku still banyak lagi kelemahan. Mungkin aku kena belajar banyak lagi dengan admin blog ni. Boleh kan farihah?


Okeh. Itu saje. Sekian~ :)

Tuesday, April 26, 2011

short update

okay...
aku baru perasan blog yg mcm dah x de tuan nak mengupdatenya ni, ada follower yg aku sendiri x kenal...
hahahaha...
tahniah la sape2 yg menjadi follower blog ni...

Saturday, January 8, 2011

내가 무엇을해야합니까?

Najwa;
(RAISE UP) . saya tanam anggur yang tak berbuah kat rumah sekarang.
haha.
really, tak bekerja lagi. haha.

Dah tak jadi murid sekolah.. Apa korang rasa? Aq ? tah lah. (haha, mcm lah korang tanya). hmm.. Aku tak rasa nak rindu sekolah pun tapi yang pasti aku rindu geng aku. haha..

ahh, tibe2 je blank lak nk tulis.

sape2, sambung lah okayy .

Friday, January 7, 2011

2 jam sebelum masuk kerja

wah najwa.. aku tak sangka kita punya job ada irasiras..tapi aku lagi advance la. aku kerja kat kedai runcit dan borong kepunyaan sepupu aku. dan kerja aku lebih berat. ye tapi aku sukakannya. mengangkat guniguni beras dan tepung serta tongtong gas menjadi rutin harian aku sekarang. barubaru nih kerja aku berkurangan sikit memandangkan stok minyak mula 'kong' sejak ada uraura mengatakan nak naik harga. tak perlu angkat kotak minyak yes! soraksorai hati aku. dan untuk makluman korang semua aku baru je update blog aku. dan sapa-sapa nak baca anda dialualukan sama sekali. dan sila komen kalau rajin. member aku pernah kata diorang akan menjadi lebih katang(tanya najwa kalau tak paham) sebaik saja lepas habis plkn. tapi aku akan buktikan yang aku boleh jadi lebih katang dari diorang walaupun aku tak masuk plkn!

aku mengarut? agak r. maaf. kerana terlalu excited. hehe. aku masih belum buat lesen seperti kebanyakan korang yang dah buat dan aku rasa dah racing kat mana corner lagi. tahniah. nanti aku nak buat lesen gak. dan aku galakkan korang buat la sesuatu yang bermakna sepanjang kita bercuti 9 bulan nih. sebab some mrsm students dah pon masuk U 17hb nih. so bagi kitakita yang akan masuk lambat nih tak boleh nak duduk menanam anggur saja! tanamlah benda lain pulak! janji buah dia memang kaw! makan tak habis! korang kenyang hati pon senang! yeah! :D - oh aku mengarut 
-____-" haiz..

ni antara cadangan aku untuk aktiviti masa cuti nih. kalau korang ada cadangan lain yang lebih OK dari idea aku yang merepek nih boleh je tambahkan sekali.

-ambil lesen (ni wajib nih)
-kerja (aku galakkan la. leh dapat pengalaman)
-belajar soft skill (penting kot. utk survival harihari mendatang)
-belajar bahasa (wah ini kalau korang rajin tahap extreme je. aku plan dah lama dah tapi tak startstart lagi haha)
-ulangkaji sikitsikit subjek SPM. tulistulis esei ke (supaya tangan korang tak cramp first day kuliah)
-excercise! (paham2 sendiri la)
-cari info sebanyak boleh untuk job/course yang korang nak ambil nanti. kan susah kalau terkapaikapai nanti

so itu saja! goodluck! n all the best! moga kita MANTAP selalu















p/S: ingin aku selitkan gak katakata yang aku post kat mukabuku aku tempoh hari.

kpd sume yg bjaye dpt SPC..ribuan tahniah utk anda. n kpd yg len2 jgk..
xkire la kat mne korg merempat pasni..
office anda yg gah xpun
dlm kokpit kapal terbang xpon
kat tapak projek mega xpon
...kat mne2 tmpt jua skali pon..

aku doakan spy korg, ble aku ty "hows life??" nti..

korg boleh tnjkkkan due2 ibu jari korg smbil tsenyum dan bkate

MANTAP


Wednesday, January 5, 2011

hey heyy!





sooooooooo.. it has been a month since SPM wrapped itself. 
dah sebulan rupenye aku dok tidur, makan, tidur, makan, tidur dan makannnn! ahahahaha.






NOW, i am working! kerja as an assistant kat koperasi sekolah. gajinye agak lumayan dehhh, tapi kerja dia agak berat sikit, since we are handling with 1400 students. tak pelah, pengalaman kan? 
dah tiga hari start kerja, my body is aching! menunjukkan dah terlalu lama badan ni dah dimanjakan. :P












korang? 
sekarang buat ape? 
selain kena pergi plkn la kan? or sekarang memegang jawatan penanam anggur terhormat? 
ekekekeke *riak*